Friday 28 August 2009

Taekwondo Usm Engineering Campus

Pada tahun 2001, kelab taekwondo telah ditubuhkan dan mula bergiat di kampus kejuruteraan USM NIBONG TEBAL. Kelab taekwondo ini adalah terbuka kepada semua kaum tanpa mengira perempuan atau lelaki.

Seni taekwondo ini dibahagi kepada tiga tahap iaitu level 100, 200 dan 300. Pendaftaran taekwondo sebagai kokurikulum adalah berunit satu. Pada masa dahulu, pendaftaran taekwondo adalah berpakej iaitu pendaftar mesti mengambil tigal level secara berterusan. Namun, sekarang pendaftar dibenarkan bebas mendaftar iaitu tidak perlu mengambil secara pakej. Pelajar yang berminat untuk mengikuti kelas taekwondo tetapi tidak mahu mendaftar sebagai kokurikulum dikehendaki membayar yuran tahunan sebanyak RM 50 kepada tabung kelab taekwondo.

Pelajar yang mendaftar sebagai ahli kokurikulum taekwondo diwajibkan menghadiri kelas latihan selama 14 sesi iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Kelas latihan tersebut akan diadakan di Dewan Utama (DU) dan dibimbing oleh dua orang jurulatih yang berdaftar dengan Pertubuhan Taekwondo Bersatu Pulau Pinang WTF. Beliau adalah Master Pathi (6th DAN) yang membimbing kelas latihan pada hari Selasa dan pada hari Khamis pula adalah Master Dr. Pok Fen Wei (5th Dan). Secara am, setiap sesi kelas taekwondo adalah selama 1 jam 15 minit iaitu bermula pada pukul 8.15-9.45pm. Namun , kelas tambahan juga akan dijalankan kepada pelajar yang berminat selepas tamatnya 14 sesi kelas latihan. Selain itu, ujian praktikal akan diadakan pada sesi kelas latihan terakhir. Permarkahan gred bagi pelajar yang mendaftar sebagai kokurikulum adalah bergantung kepada prestasi semasa ujian praktikal, assignment, kedatangan dan keaktifan pelajar dalam aktiviti yang dijalankan oleh kelab taekwondo.

Pada setiap permulaan sidang semester pertama, kelab taekwondo akan mengadakan pameran di cafe untuk pelajar yang ingin berdaftar sebagai ahli kokurikulum kelab taekwondo. Seterusnya, perjumpaan rasmi akan diadakan pada sesi kelas pertama untuk pengenalan secara mendalam tentang kelab taekwondo, jurulatih-jurulatih, organisasi kelab taekwondo, ahli-ahli AJK dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang semester. Aktiviti yang biasa dijalankan adalah Hari Interaksi di mana ahli-ahli kelab taekwondo kampus induk akan berinteraksi dengan ahli-ahli kelab taekwondo kampus kejuruteraan. Selain itu, pertandingan taekwondo USM terbuka iaitu sparing dan pertandingan poomsee akan diadakan di Kampus Induk. Seterusnya, jurulatih akan memilih ahli-ahli yang berpontensi untuk mewakili USM ke Kejohanan Sukan MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia).

Di samping itu, ahli-ahli boleh mengambil ujian kenaikan taraf tali pinggang (seniority) di Main Centre Pertubuhan Taekwondo Bersatu Pulau Pinang WTF. Ujian ini akan diadakan 2 bulan sekali tetapi calon hanya dibenarkan mengambil ujian sebanyak 3 kali setahun. Bagi calon yang berjaya dalam ujian tersebut hanya dibenarkan mengambil ujian kenaikan taraf tali pinggang yang lebih tinggi selepas tempoh 3 bulan terakhir mengambil ujian.

No comments:

Post a Comment